Berita

Bintang WWE Mahu Bawa Watak Android 18 Dalam Filem Live Action Dragon Ball

Views

Bintang WWE, Rhea Ripley telah menyatakan minatnya untuk memainkan watak Android 18 sekirannya terdapat perancangan filem live Dragon Ball Z dimasa akan datang.

Dia mendedahkan keinginannya itu dalam satu temubual bersama portal ComicBook.

"If it was a Dragon Ball Z movie, definitely Android 18...I always get people saying that I look like her. I don't know if it's because my hair, especially now that it's blonde. But I actually did an Android 18 cosplay for Halloween one year in Australia, and I loved it. So I would definitely love to play Android 18 for sure."

Walaupun setakat ini tidak ada rancangan yang membawa siri shonen ikonik Akira Toriyama ke layar perak, Ripley mendedahkan dia sangat meminati Dragon Ball Z sepanjang kariernya. Dia bahkan memakai armor Vegeta untuk Wrestlemania 36.

Android 18, juga dikenal sebagai Lazuli, pertama kali muncul di Dragon Ball Z, bahagian kedua dari saga Dragon Ball. Diperkenalkan sebagai penjahat, karakter ini mula menjadi kegemaran peminat selepas dia menjalinkan hubungan dengan Krillin. Antara reka bentuk Android 18 yang dikenali peminat termasuk rambut pendek, berambut perang, lengan bergaris, dan rompi biru di atas kemeja hitam.

Dragon Ball merupakan antara siri anime/manga yang paling popular, tetapi sukar untuk mengadaptasikan dalam bentuk live action. Filem Dragon Ball: Evolution yang ditayangkan pada 2009 menjadi kritikan peminat dan sangat dibenci peminat termasukan Toriyama sendiri.

Walaubagaiman, masih terdapat usaha untuk membawa siri ini ke layar perak, cuma mereka masih perlu mencari formula yang sesuai.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks