Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang The Walking Dead Sertai Musim Ketiga The Boys

Menurut Variety, bintang The Walking Dead, Laurie Holden secara rasmi menyertai barisan pelakon The Boys musim ketiga. Holden akan memainkan peranan Supe yang dikenali sebagai Crimson Countess, yang juga merupakan parodi dari karakter Marvel, Scarlet Witch. 

Dalam versi komik, watak itu mempunyai hubungan dengan Soldier Boy, yang dilakonkan oleh Jensen Ackles pada musim akan. Mereka berdua adalah sebahagian dari anggota kumpulan superhero Payback.

The Boys merupakan projek TV pertama Holden dalam tempoh dua tahun sejak membintangi siri Fox Proven Innocent pada tahun 2019. Dia sebelum ini pernah membintangi beberapa siri televisyen seperti The X-Files, The Magnificent Seven, The Shield, dan The American.

The Boys adalah gambaran yang tidak sopan terhadap apa yang berlaku apabila wira-wira super, yang popular seperti selebriti, berpengaruh sebagai ahli politik dan dihormati seperti para dewa, menyalahgunakan kuasa-kuasa hebat mereka daripada menggunakannya untuk kebaikan. Tidak berdaya melawan yang super berkuasa, The Boys memulakan penggembaraan hebat mereka untuk mendedahkan kebenaran tentang kumpulan super yang dikenali sebagai “The Seven.”

Siri ini mengekalkan nada komik seperti keganasan dan seksualiti yang melangkaui sempadan sambil meneroka sisi gelap selebriti dan kemasyhuran superhero.

Barisan pelakon terdiri daripada Jack Quaid, Laz Alonso, Tomer Capon, Karen Fukuhara, dan Karl Urban, disamping Erin Moriarty, Antony Starr,  Dominique McElligott, Jessie T. Usher, Chace Crawford, dan Nathan Mitchell. Claudia Doumit dan Colby Minifie kini menjadi pelakon tetap untuk musim ketiga. Bintang Supernatural Jensen Ackles berperanan sebagai Soldier Boy dan Katia Winter sebagai Little Nina. 

Siri ini dicipta oleh Evan Goldberg dan Seth Rogen, bersama pencipta Supernatural Eric Kripke. Musim pertama dan kedua The Boys boleh distrim di Amazon Prime Video.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment