Selepas dituduh melakukan segala pekara keji, dari tingkah laku ganas terhadap wanita sehingga antunan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur yang ingin menyertai kultusnya, bintang The Flash Ezra Miller kini secara rasmi didakwa atas kesalahan melakukan jenayah.
Menurut laporan polis (melalui Variety), pelakon itu telah didakwa dengan jenayah pecah rumah di Stamford, Vermont.
Tidak dipastikan sama adakah pertuduhan itu dibuat terhadap kesalahan sebelumnya, atau kesalahan baru, tetapi laporan itu menyatakan bahawa aduan pecah rumah dari kediaman di Stamford telah dibuat pada 1 Mei, 5.55 petang yang lalu.
Polis mendapati “beberapa botol arak diambil dari kediaman itu ketika ketiadaan penghuni rumah. Selepas mengumpul kenyataan dan melihat video pengawasan, polis menemui kemungkinan sebab untuk mendakwa Miller dengan jenayah pecah rumah ke dalam kediaman yang tidak berpenghuni.”
Pihak berkuasa dilaporkan telah menahan Miller pada 7 Ogos jam 11:23 malam.