Berita

Bintang THE BOYS Mahu Mainkan Watak Wolverine Dalam MCU

Views

Jika Wolverine tiba di Marvel Cinematic Universe suatu hari nanti, dia kemungkinan akan menjadi sangat penting dalam MCU sepertimana Iron Man dan Captain America. 

Ada peminat yang berharap dapat melihat Hugh Jackman mengulangi peranannya itu, namun segalanya bergantung pada pelakon tersebut dan bos Marvel Studios, Kevin Feige. 

Kekosongan yang ditinggalkan Jackman telah membuka peluang kepada pelakon lain untuk memainkan peranan Wolverine, dan salah seorang pelakon yang berhasrat untuk memainkan watak itu adalah bintang The Boys, Antony Starr (Homelander). 

Ketika membincangkan tentang siri The Boys musim kedua dengan laman Screen Geek, Starr ditanya mengenai watak X-Men yang ingin dia lakonkan, aktor tersebut terus menjawab "Wolverine!"

Pelakon tersebut turut menyatakan bahawa dia perlu berkerja keras sekiranya ingin memainkan watak itu kerana Jackman telah membawa Wolverine sehingga ke tahap tertinggi.

Dengan ketinggian 5'9", Star masih terlalu tinggi untuk Wolverine, tetapi ketinggiannya lebih dekat dengan watak buku komik berbandingan ketinggian Jackman iaitu 6'2".  Apapun, tanpa mengira ketinggiannya, Starr masih perlu membuktikan dia mampu membawa watak Wolverine setanding dengan Hugh Jackman.

The Boys musim kedua akan disiarkan pada 4 September di Amazon Prime

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks