Berita

Bintang Stranger Things Dikaitkan Dengan Watak Adam Warlock Dalam Filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Views

Sejak ia mula diperkenalkan dalam babak ‘post credit’ Guardians of the Galaxy Vol. 2, peminat mula tidak sabar untuk saksikan karakter popular Marvel itu beraksi dalam Marvel Cinematic Universe terutamanya dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3.

Pelbagai perdebatan dikalangan peminat mengenai aktor manakah yang paling sesuai untuk membawakan watak Adam Warlock. Zac Efron, Keanu Reeves dan Nikolaj Coster-Waldau antara yang dicadangkan oleh para peminat Marvel.

Bagaimanapun terdapat perkhabaran baru dari laman web Wegotthiscovered dimana sumber dari laman berkenaan mendedahkan, bintang Stranger Things kini menjadi buruan pihak Marvel Studios untuk membawakan watak Adam Warlock.

Pelakon yang dimaksudkan adalah Dacre Montgomery. Menurut sumber itu lagi, Montgomery bukanlah pilihan pertama pihak studio, sebaliknya dia merupakan salah satu aktor yang disenarai pendek oleh pihak studios untuk memainkan peranan sebagai Adam Warlock.

Pihak Marvel Studios belum lagi menjalankan ujibakat terhadap para pelakon untuk filem ketiga Guardians of the Galaxy. Bagaimanapun terdapat laporan mengatakan, sesi ujibakat mungkin akan bermula November ini, jadi tidak mustahil pihak studio mempunyai senarai pelakon untuk diuji.

BACA:  A Copy Of My Mind Ditayangkan di Filem Festival Venice

Dacre Montgomery mungkin agak muda untuk watak Adam Warlock, tetapi tidak bermakna dia tidak sesuai untuk membawa watak tersebut. Jika benar di berada dalam senarai pendek untuk watak Adam Warlock, dia perlu membuktikan bahawa dia aktor yang layak untuk mengalas peranan tersebut dalam sesi ujibakat nanti.

Guardians of the Galaxy Vol. 3 dijangka akan memulakan produksi pada tahun hadapan, sebaik sahaja James Gunn selesai menyiapkan filem terbaru Warner Bros./ DC iaitu The Suicide Squad, dan dijangka filem ini akan menemui penonton 2021.

Jadi kepada peminat-peminat filem Marvel, adakah anda rasa Dacre Montgomery calon yang sesuai untuk memainkan peranan sebagai Adam Warlock? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Tinggalkan Balasan

shares