Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Stranger Things & IT Akan Muncul Dalam Filem Seram Terbaru, The Turning

Pelakon siri televisyen Stranger Things yang juga bintang filem It, Finn Wolfhard dilaporkan akan muncul dalam sebuah filem seram terbaru yang berjudul The Turning. Menurut laporan dari laman web Variety, pelakon tersebut akan disertai dengan pelakon filem Blade Runner 2049 dan The Martian Mackenzie Davis.

The Turning akan diarahkan oleh pengarah filem The Runaways dan juga siri televisyen American Gods dan Daredevil, Floria Sigismondi. Lakonlayar pula ditulis penulis baru, Jade Bartlett, manakala Scott Bernstein dan Roy Lee akan bertindak selaku penerbit.


Filem seram ini diadaptasikan dari novel karya Henry James yang berjudul The Turn of the Screw yang mana mengisahkan sesorang penjaga yang menjaga dua anak yatim yang tinggal dalam sebuah Mansion yang berhantu. Finn Wolfhard akan memainkan watak salah seorang anak yatim itu.

Pengambaran filem ini dijangka akan bermula pada tahun 2018

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment