Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Star Wars Akan Sertai Tom Hardy Bintangi Filem Venom

Bintang filem Rogue One: A Star Wars Story, Riz Ahmed dilaporkan akan menyertai Tom Hardy membintangi filem karakter Marvel, Venom akan datang. Menurut laman web Variety, walaupun Sony tidak mendedahkan siapakah watak yang bakal dibawa oleh beliau, sumber mengatakan Riz akan membawakan karakter popular Marvel.

Spekulasi mengatakan Riz akan membawakan watak Carnage, tetapi wartawan The Hollywood Reporter, Borys Kit pantas  menjelaskan, Riz tidak akan memegang karakter tersebut.

Apapun kita tunggu berita terbaru dari Sony Pictures mengenai siapakah karakter popular Marvel yang bakal dibawa oleh Riz Ahmed nanti.

Filem Venom merupakan spin-off Spider-Man yang diterbitkan oleh Sony Picture dan Tom Hardy akan membawakan watak antihero terbabit. Penulis skrip filem Jumanji, Scott Rosenberg serta The Amazing Spider-Man 2, Jeff Pinkner akan menulis skrip untuk filem berkenaan.

Venom akan ditayangkan pada 5 Oktober 2018 dan akan memulakan pengambaran pada musim lurun nanti.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment