
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan pemergian salah seorang pelakon drama bersiri popular Snowdrop, Kim Mi Soo.
Menerusi laporan media tempatan, pelakon itu meninggal dunia pada usia 31 tahun. Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan.
Mendiang telah disemadikan di Sungsim Funeral Home dan dilaksanakan secara tertutup atas permintaan keluarga.
“Keluarga dan sahabat terdekat sangat berdukacita mendengar khabar ini,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensi mendiang, Landscape Entertainment.
“Kami dengan ikhlas meminta anda untuk mengelak daripada membuat khabar angin atau laporan spekulatif supaya keluarga yang berduka, yang terkejut dan berdukacita, dapat memperingati si mati dengan penuh hormat. Mengikut kehendak keluarganya, pengebumian akan diadakan secara secara tertutup.”
Mi Soo memainkan peranan Yeo Jung Min dalam drama Snowdrop, yang merupakan rakan kepada Young Ro yang dimainkan oleh Jisoo Blackpink.
Mendiang sebelum ini pernah membintangi beberapa drama popular seperti Hi Bye Mama, The School Nurse Files, dan Yumi’s Cells.
Sumber: Soompi