Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Bintang Smallville, Erica Durance Akan Muncul Dalam Siri “Crisis on Infinite Earths” Sebagai Lois Lane

Selepas Tom Welling disahkan kembali memainkan peranannya sebagai Clark Kent / Superman dalam Crisis on Infinite Earths, seorang lagi bintang siri Smallville turut dilaporkan akan muncul dalam siri ‘crossover’ terbaru CW itu.

Menurut laman TV Line, Erica Durance akan membuat penampilan dalam Crisis on Infinite Earths dengan memainkan perannnya dalam siri Smallville sebagai Lois Lane. Durance dilaporkan akan muncul dalam beberapa episod, manakala jumlah episod yang akan menampilkan Welling masih lagi tidak didedahkan.

Acara ‘crossover’ akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 6 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Siri keempat ‘crossover’ akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan akan berakhir menerusi siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Crisis on Infinite Earths akan meyaksikan Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning dan Bruce Wayne.

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

Leave a Comment