Berita

Bintang Siri TITANS Sertai Barisan Pelakon MISSION: IMPOSSIBLE 7 & 8

Views

Pelakon Esai Morales disahkan menyertai Tom Cruise dalam filem aksi sekuel Mission: Impossible 7 & Mission: Impossible 8. Pekara tersebut disahkan pengarah Christopher McQuaarrie menerusi laman sosial Instagram.

Morales akan memainkan peranan villain dalam filem tersebut, menggantikan tempat Nicholas Hoult yang terpaksa berundur disebabkan percanggahan jadual.

Pelakon tersebut pernah muncul dalam filem Bad Boys, filem biopik La Bamba, Freejack dan The Town. Dia juga pernah membuat penampilan dalam siri Atomic Train, NYPD Blue, Criminal Minds, OZark dan terbaru siri adiwira Titans dengan memainkan peranan villain sebagai Deathstroke.

 

View this post on Instagram

 

We all face the same fate… #MI7MI8

A post shared by Christopher McQuarrie (@christophermcquarrie) on

Mission: Impossible 7 dibintangi pelakon seperti Tom Cruise, Hayley Atwell, Rebecca Ferguson, Simon Pegg, Ving Rhames dan Henry Czerny. Mereka turut disertai beberapa pendatang baru yang terdiri daripada Shea Whigham, dan Pom Klementieff.

Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan dua filem terbaru Mission: Impossible iaitu pada  19 November 2021 dan 4 November 2022.

Tinggalkan Balasan

shares