Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang “Scrubs” Sertai Remake “Cheaper By the Dozen”

Pelakon Zach Braff dilaporkan sertai Gabrielle Union dalam remake terbaru Disney+ Cheaper By the Dozen. Braff akan memainkan peranan sebagai bapa kepada 12 anak dalam keluarga berbilang kaum. 

Braff dikenali menerusi peranan utamanya dalam sitcom medikal popular Scrubs yang keudara selama sembilan musim dari 2001 hingga 2010. Dia juga dikreditkan dalam beberapa filem seperti The Broken Hearts Club: A Romantic Comedy, The Last Kiss, The Ex, dan Garden State, yang dia bertindak sebagai penulis dan pengarah. 

Dibintangi Gabrielle Union, remake Cheaper By the Dozen akan berpusat di sekitar keluarga yang terdiri daripada 12 anak berbilang kaum, menjalani kehidupan di rumah yang sibuk dan perniagaan keluarga mereka.

Penerbit Black-ish Kenya Barris akan menulis lakonlayar, manakala Gail Lerner akan bertindak sebagai pengarah. Union akan menjadi penerbit eksekutif bersama dengan pengarah filem asal, Shawn Levy. 

Berdasarkan novel semi-autobiografi berjudul sama tahun 1948 dari Frank Bunker Gilbreth Jr. dan Ernestine Gilbreth Carey, filem ikonik 2003 ini dibintangi Steve Martin dan Bonnie Hunt sebagai ibubapa kepada dua belas anak yang merangkumi pelakon seperti Piper Perabo, Tom Welling , Hilary Duff, dan Alison Stoner.

Walaupun dikritik teruk, filem arahan Shawn Levy ini masih dapat memperoleh pendapatan lebih dari $ 190 juta di seluruh dunia berbanding kos pembikinan $ 40 juta.

Filem remake ini dijangka tayang pada 2022.

Sumber: The Hollywood Reporter

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment