BeritaSiri TV

Bintang Scary Storie, Zoe Colletti Sertai Barisan Pelakon ‘Fear The Walking Dead’

Views

Pelakon Scary Stories in the Dark, Zoe Colletti dilaporkan menyertai barisan pelakon Fear the Walking Dead sebagai pelakon utama dalam musim keenam siri AMC itu.

Selain itu juga, peminat dapat melihat lebih banyak peranan yang dibawa oleh watak Sarah dan Wes apabila pelakon Mo Collins dan Colby Hollman 'dinaikkan pangkat' menjadi pelakon utama dalam musim akan datang. Setakat ini, butiran lanjut mengenai watak yang dilakonkan oleh Zoe Colletti masih belum didedahkan kepada umum.

Watak Sarah lakonan Collins mula diperkenalkan pada musim keempat selepas dia bertemu dengan Morgan (Lennie James). Dia kemudiannya menyertai kumpulan Morgan bersama-sama abangnya dalam misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sementara watak Wes lakonan Hollman yang bersekutu dengan Morgan telah berpisah dan menyertai Virginia (Colby Minifie) pada musim terakhir.

Musim keenam Fear the Walking Dead akan meneroka tentang apa yang terjadi pada keluarga mangsa selepas mereka dipisahkan oleh musuh baru yang cukup kuat pada penghujung musim kelima.

Siri spin off The Walking Dead itu dibintangi pelakon seperti Lennie James, Alycia Debnam-Carey, Colman Domingo, Danay Garcia, Garret Dillahunt, Maggie Grace, Jenna Elfman, Alexa Nisenson, Austin Amelio, Ruben Blades dan Karen David.

Musim keenam akan mula keudara sekitar pertengahan 2020.

Sumber: Deadline

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks