Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Power Rangers, Dacre Montgomery Berminat Untuk Bawakan Watak Nightwing

Pelakon yang juga bintang filem Power Rangers serta Stranger Things musim kedua, Dacre Montgomery dikhabarkan berminat untuk membawakan watak Dick Grayson aka Nightwing dalam filem solo terbaru DC akan datang Nightwing. 

Beliau dilihat memuatnaik status bergambar tanpa ‘caption’ dilaman Twitter beliau dengan menunjukkan karakter Nightwing sebelum memadamnya 20 minit kemudian. Walaupun dia memuatnaik gambar superhero tersebut, ia tidak bermakna Montgomery dikaitkan dengan filem berkenaan. Ia mungkin sekadar minat yang dinyatakan oleh pelakon tersebut untuk membawakan karakter yang diminatinya.

Pengarah filem Nightwing, Chris McKay sebelum ini pernah menyatakan yang beliau ingin aktor yang mampu mengalas karakter Dick Grayson dari segi emosi dan fizikal. Ini bermakna, aktor tersebut benar-benar mampu mengekspresikan emosi Dick Grayson serta memiliki fizikal yang hampir sama dengan karakter bekas sidekick Batman itu.

Advertisements

Filem Nightwing masih dalam peringkat pembangunan. Filem ini ditulis oleh penulis skrip Bill Dubuque dan Chris McKay yang juga bekas pengarah filem The Lego Movie bertanggungjawab mengarahkan filem ini.

Bagi yang pernah melihat lakonan Dacre Montgomery ini, apa pendapat anda mengenai minat beliau untuk bawakan watak Dick Grayson?

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee