Slot Asia

Bintang PARASITE, Jang Hye Jin Akan Membuat Cameo Dalam Drama A PIECE OF YOUR MIND

Views

Bintang Parasite, Jang Hye Jin akan membuat penampilan istimewa dalam drama terbaru tvN, A Piece of Your Mind.

Selepas menarik perhatian penonton seluruh dunia dengan prestasinya dalam filem Parasite, dimana dia memainkan peranan sebagai ibu kepada karakter Choi Woo Shik dan Park So Dam, Jang Hye Jin sekali lagi akan membawa peranan ibu untuk cameo khas dalam drama A Piece of Your Mind.

Berdasarkan gambar yang didedahkan kepada umum, karakter aktres veteran itu pergi ke Seoul untuk bertemu dengan anaknya, Han Seo Woo lakonan Choi Woo Shik. Kedua-duanya terkejut dan kemudiannya berpelukan sesama sendiri.

A Piece of Your Mind berkisarkan tentang seorang pengaturcara kecerdasan buatan bernama Ha Won (lakonan Jung Hae In), yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun dalam cinta satu sisi dan telah mengundurkan diri ke kehidupan yang penuh kesepian. Dia kemudian bertemu dengan jurutera rakaman klasik Seo Woo (lakonan Chae Soo Bin), yang mendapati dirinya tertarik kepada Ha Won selepas melihat cinta satu sisi jejaka tersebut dari jauh.

Drama terbaru tvN ini dibintangi Jung Hae In, Chae Soo Bin serta Lee Hana, dan akan memulakan siarannya pada 23 Mac, setiap Isnin dan Selasa.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks