Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang OCEAN’S ELEVEN Meninggal Dunia

Pelawak legenda Hollywood yang juga pelakon filem Ocean’s Elevan, Carl Reiner dilaporkan meninggal dunia pada usia 98 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Beverly Hills, Amerika Syarikat, semalam.

Berita kematian mendiang disahkan pembantu peribadinya, Judy Nadgy.

Carl Reiner membintangi filem terkenal Ocean’s Eleven pada 2001 serta dua sekuelnya dengan memegang watak Saul Bloom. Selain berlakon, dia juga seorang penerbit, penulis lakonlayar dan pengarah. Antara filem arahannya ialah The Jerk pada 1979 dan All of Me (1984).

Terdahulu dia turut membantu dalam menerbitkan program Dick Van Dyke Show. Program terbabit pernah beberapa kali memenangi Anugerah Emmy. Pada usia 90-an, dia masih aktif menyumbang suara latar untuk program dokumentari antaranya You’re Not in the Obit dan Eat Breakfast.

Baru-baru ini, dia turut dilaporkan antara memberikan sokongan padu terhadap kempen Black Lives Matter bersama anak perempuannya.

Reiner meninggalkan tiga anak iaitu Annie, Lucas dan Rob yang semuanya mengikuti jejak bapanya menjadi pelakon dan pengarah. Isterinya, Estelle meninggal dunia pada 2008 di usia 64 tahun.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment