Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Money Heist, Úrsula Corberó Sertai G.I. Joe Snake Eyes Sebagai The Baroness

Filem spin off G.I. Joe terbitan Paramount, Snake Eyes terus menambah barisan pelakonnya, kali ini bintang rancangan Money Heist, Úrsula Corberó dilaporkan bakal membawa peranan sebagai perisik Anastasia Cisarovna a.k.a The Baroness.

Dia akan menyertai bintang filem Crazy Rich Asians, Henry Golding sebagai Snake Eye, Andrew Koji sebagai Storm Shadow dan Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada watak utama, Snake Eye.





Pengarah filem R.I.P.D, Robert Schwentke akan mengarahkan filem ini, manakala skrip ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi dikhabarkan ianya akan berkisarkan tentang Snake Eye yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja.

Produksi dijangka akan bermula pada musim luruh ini bertempat di Vancouver dan kemudiannya di Tokyo, Jepun.

Setakat ini, tarikh tayangan filem Snake Eyes masih belum diketahui.




Related posts

Matt Reeves Dedah Kenapa Dia Tolak Skrip Yang Ditulis Oleh Ben Affleck

Kakimuvee

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Asia

Kakimuvee

Bintang “Ant-Man 3” Evangeline Lilly Dikecam Kerana Menentang Mandat Vaksin

Kakimuvee

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman