Berita

Bintang Mighty Morphin Power Rangers Mahu Netflix Hasilkan Siri Reunion Yang Menampilkan Pelakon Asal

Views

Sudah bertahun khabar angin mengenai siri ‘reunion’ Power Rangers yang menampilkan pelakon-pelakon asal, namun tiada sebarang perkembangan rasmi sehinggakini. Bagaimanapun, peminat masih tidak putus harapan dah berharap ia akan dapat direaliasasikan dimasa hadapan.

Bagi pelakon asal Blue Ranger, David Yost, dia bersetuju dengan kehendak peminat dan berharap suatu hari nanti sebuah siri Power Rangers bakal dihasilkan dan dibintangi barisan pelakon asal.

Ketika diwawancara bersama Zia Comics komik baru-baru ini, Yost membincangkan banyak pekara termasuk kemungkinan siri kumpulan asal Power Rangers bersama Netflix.

Menurutnya, dia dan rakan-rakannya pernah meminta untuk dihasilkan siri ‘reunion’, tetapi tiada apa-apa yang berlaku, dan dia berharap sebuah siri istimewa berskala kecil akan dihasilkan dimasa hadapan sempena ulang tahun ke-30 Power Rangers, dan

“(Laughs), I mean it’s definitely a rumor, and it’s probably a rumor on my end, but you know I just think it would be great because we’re creeping up on our 30-year anniversary of the original cast and for years we’ve been asked to do a reunion and nothing’s happened,”

“They didn’t take advantage of it at the 25-year reunion, which I don’t know why they didn’t, but, it would be nice to film kind of a limited series.”

“Maybe 7 episodes or 8 episodes for Netflix and, you know, sort of spend time with each character and see who those characters are and to have like 2 episodes where the first episode and the last episode sort of involves everybody together but the in-between episodes can sort of dive off into each character and see where they’re at and what they’re up to,” 

Setakat ini, hanya beberapa pelakon asal telah dipanggil untuk membintangi siri-siri Power Rangers terbaru. Jason David Frank kembali meneruskan karakternya sebagai Tommy bersama-sama beberapa legenda Ranger dalam siri Dimensions in Danger, manakala Austin St. John akan muncul dalam siri Beast Morphers. Setakat ini, tiada siri yang menghimpunkan keseluruhan pelakon asal.

Jadi kepada para peminat Power Rangers, andakah anda berminat untuk melihat sebuah siri ‘reunion’? kongsikan pendapat anda.

BACA:  Gambar Tom Cruise Melakukan Aksi Lagak Ngeri Di Set Penggambaran MISSION: IMPOSSIBLE 7

Tinggalkan Balasan

shares