Berita

Bintang MCU Kritik Marvel Studios Kerana “Rasis”?

Views

Marvel Studios dilihat telah melakukan usaha yang cukup besar untuk meningkatkan kepelbagaian di belakang tabir setiap pembikinan filem mereka.

Jika dilihat belakang tabir filem Eternals dan Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings, pihak studio tidak hanya tertumpu pada krew ‘kulit putih’ semata-mata, malah turut menggunakan kepakaran dari individu pelbagai bangsa dan jantina.

Namun begitu, apa yang diusahakan Marvel Studios tidak mendapat pujian dari salah seorang pelakonnya, iaitu Anthony Mackie.

Ketika dalam sesi temuramah yang dianjurkan Variety bersama-sama bintang Snowpiercer, Daveed Diggs, Mackie telah mengkritik Marvel Studios kerana kurang kepelbagaian dibelakang tabir.

Dia membandingkan filem-filem Marvel lakonannya dengan satu lagi filem MCU iaitu Black Panther. Menurut pelakon tersebut, krew belakang tabir bagi setiap filem lakonannya terdiri daripada individu berkulit putih – dari pengarah sehinggalah pereka kostum. Tetapi bagi filem Black Panther, semua krew terdiri daripada individu kulit hitam.

“Ini benar-benar mengganggu saya. Saya telah terlibat dengan tujuh filem Marvel di mana setiap penerbit, pengarah, pelakon lagak ngeri, pereka kostum, sehinggalah PA, adalah orang berkulit putih.”

“Tetapi apabila anda menghasilkan filem ‘Black Panther,’ anda mempunyai pengarah, penerbit, pereka kostum, sehinggalah koreografer aksi dari golongan kulit hitam,”

Mackie menjelaskan, walaupun Marvel Studios mengambil hampir keseluruhan krew dari golongan kulit hitam untuk filem yang diterajui pelakon kulit hitam, ianya tidak bagus sama sekali. Sebabnya, kepelbagaian itu harus disertakan di belakang tabir tanpa mengira bangsa (atau jantina) watak utama.

BACA:  Christina Hodson & Margot Robbie Kembali Bekerjasama Dalam Filem Terbaru Pirates Of The Caribbean

“Bagi saya, itu lebih rasis daripada yang lain. Jika kerana anda mengambil orang kulit hitam untuk filem yang diterajui pelakon kulit hitam, adakah anda mengatakan bahawa mereka ini tidak cukup baik untuk filem yang diterajui pelakon kulit putih?”.

Mackie menyimpulkan kenyataannya dengan berkata, “Marvel Studios seharusnya mengambil individu yang bagus untuk tugasannya, jika kita dapat dua wanita terbaik, kita seharusnya mendapatkan dua lelaki terbaik.”

Apa pendapat anda? adakah Marvel Studios mengamalkan rasis secara senyap-senyap? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Tinggalkan Balasan

shares