Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Malcolm in the Middle Ditemui Mati, Dipercayai Bunuh Diri

Pelakon yang pernah membintangi siri TV popular Veronica Mars dan Malcolm in the Middle dijumpai mati di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Brad Bufanda, 34 tahun, dipercayai membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan di bandar tersebut, lapor TMZ.

Mayat Brad ditemukan di tepi jalan oleh seorang gelandangan.

Sekeping nota bunuh diri dijumpai pada mayat Bufanda dengan nama ibu bapa mendiang tertulis pada nota berserta ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi makna dalam hidupnya.

Brad yang memegang watak Felix Toombs dalam “Veronica Mars” juga pernah tampil dalam beberapa siri seperti “CSI: Miami”, “Malcolm in the Middle”, “Boston Public” dan juga “Days of our Lives”.

Sementara itu, pengurus mendiang, Kirsten Solem dilaporkan terkejut dengan insiden yang menimpa Brad.

Menurut Kirsten, Brad tidak pernah mengambil sebarang jenis dadah atau menunjukkan sebarang tanda mengalami gangguan emosi.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee