Berita

Bintang Lovecraft Country, Jonathan Majors Bawa Watak Villain Dalam Filem Ant-Man 3

Views
SANTA FE, NM - August 2nd: Jonathan Majors poses for a portrait at his home in Santa Fe, New Mexico on August 2, 2020. Majors is starring in a new HBO series, Lovecraft Country airing August 16, 2020. (Photo by Mary Mathis for The Washington Post via Getty Images)

Menurut laporan Deadline, bintang siri HBO Lovecraft Country, Jonathan Majors telah menandatangani kontrak untuk memainkan peranan utama dalam filem MCU akan datang, Ant-Man 3. Dia dilaporkan akan mengambil peranan sebagai penjahat Marvel, Kang the Conqueror. 

Majors dikenali menerus filem White Boy Rick, The Last Black Man In San Francisco, Captive State dan Da 5 Bloods. Dia juga terlibat dalam filem barat terbitan Netflix, The Harder They Fall Idris Elba, Lakeith Stanfield dan Regina King.

Ant-Man 3 sekali lagi diarahkan oleh Peyton Reed dengan penulis skrip Rick and Morty, Jeff Loveness sebagai penulis lakonlyar. 

Setakat ini, plot Ant-Man 3 masih lagi tidak diketahui, tetapi terdapat ura-ura bahawa filem akan datang mungkin menyaksikan anak Scott Lang, Cassie mengikuti jejak langkah ayahnya untuk menjadi adiwira. Dalam versi komik, Cassie akhirnya memperolehi kuasa untuk mengubah saiz fizikal badannya dan menggunakan kod nama Stature dan Stinger. 

Dalam filem Avengers: Endgame yang lalu, pelakon Emma Fuhrmann telah memainkan peranan sebagai watak remaja Cassie Lang, dan karakter tersebut dikatakan berpotensi untuk menjadi salah seorang ahli “Young Avengers.” 

Paul Rudd, Evangeline Lilly dan Michael Douglas disahkan kembali meneruskan watak masing-masing, manakala penglibatan Michelle Pfeiffer dan Michael Peña dalam filem akan datang masih lagi tidak diketahui, tetapi peminat menjangkakan mereka mungkin kembali sebagai Janet Van Dyne dan Luis.

Ant-Man 3 masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares