Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Bintang K-Pop & Pelakon, Goo Hara Ditemui Meninggal Dunia

Penyanyi K-pop dan juga pelakon, Goo Hara dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya yang terletak di bandar Cheongdam-Dong, kawasan Gangnam pada awal pagi Ahad.

Menurut media antarabangsa, bintang berusia 28 tahun, yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Kara ditemui maut kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, punca kematian penyanyi itu masih belum didedahkan.

Pada Mei lalu, Goo Hara mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri. Sebelum kematian, Goo Hara aktif mempromosikan karyanya di Jepun termasuk siri jelajah terbaharu, Midnight Queen.

Mendiang juga terbabit dalam kekecohan kes mahkamah melibatkan bekas teman lelakinya, yang didakwa melakukan serangan dan juga mengancam keselamatan Goo Hara.

Pada tahun 2015, Goo Hara membuat kemunculan solo dengan EP Alohara (Can Can You Feel It?) selepas pembubaran Kara. Sejak itu, dia turut melebarkan karier dengan memegang watak untuk projek filem dan juga televisyen.

Sumber: ASTRO AWANI

Related posts

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Leave a Comment