BeritaSlot Asia

Bintang K-Pop & Juga Aktres, Sulli Meninggal Dunia Pada Usia 25 Tahun

Views

Bintang K-Pop yang juga merupakan aktres, Sulli – dikenali sebagai anggota awal kumpulan wanita f(x) dan juga pelakon drama dan filem – telah meninggal pada umur 25 tahun.

Menurut laporan dari Associated Press, penyanyi tersebut ditemui meninggal dunia di rumah yang terletak di bandar Seongnam (selatan Seoul) selepas pengurusnya melaporkan dia tidak menjawab panggilan telefon selama berjam-jam

Penyebab kematian belum dilaporkan. Polis tempatan tidak mengesyaki ia perbuatan jenayah, dan mereka juga tidak menjumpai nota bunuh diri.

“Siasatan sedang dijalankan dan kami tidak akan membuat anggapan mengenai punca kematian,” kata Kim Seong-tae, Jabatan Polis Seongnam Sujeong memberitahu AP. Manakala kenyataan dari pengurusan Sulli, SM Entertainment, menunjukkan agensi mendapati kematiannya “sangat sukar untuk dipercayai dan sedih.”

Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri memulakan karier nyanyiannya pada 2009 sebagai salah seorang ahli asal kumpulan f(x). Dia kemudiannya meninggalkan kumpulan tersebut pada 2015 untuk memulakan karier solo dengan mengeluarkan single berjudul “Goblin” awal tahun ini.

BACA:  Warner Bros. Dilaporkan Tidak 'Gembira' Dengan Filem Birds Of Prey

Selain daripada nyayian, Sulli juga terlibat dalam beberapa drama TV seperti To the Beautiful You sebelum muncul dalam beberapa filem Korea seperti The Pirates (2014), Fashion King (2014), dan Real (2017).

Sulli juga menjadi tajuk utama mengenai pandangannya mengenai isu-isu feminis dalam masyarakat Korea yang konservatif, dan mendinag juga baru-baru ini muncul di rancangan televisyen untuk bercakap mengenai kecaman yang dia terima disebabkan gaya hidupnya.

Sumber: Entertainment Weekly

Tinggalkan Balasan

shares