Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang JUSTICE LEAGUE Ray Fisher Dakwa Joss Whedon “Teruk & Kasar” Di Set Penggambaran

Bintang Justice League, Ray Fisher telah menggunakan media sosial untuk ‘menarik kembali’ pujian yang dia berikan kepada pengarah Joss Whedon di SDCC beberapa tahun yang lalu.

Malah pelakon yang memainkan peranan Cyborg itu turut mendedahkan tingkah laku sebenar Whedon semasa di set penggambaran.


Menerusi perkongsian di media sosial Twitter, Fisher mendakwa Joss Whedon sangat teruk, suka mendera dan tidak profesional terhadap para pelakon dan krew. Pendedahan yang dibuat pelakon tersebut menunjukkan para pelakon dan krew menghadapi mimpi ngeri ketika bekerja dibawah Joss Whedon.

Untuk info, Warner Bros. telah mengambil Whedon untuk menyelesaikan filem Justice League selepas Zack Snyder dipaksa  berundur dari kerusi pengarahan berikutan kematian anak perempuannya. Bagaimanapun, sentuhan Whedon gagal, dan menimbulkan kritikan hebat dari peminat.

Sehubungan dengan itu, kempen #ReleaseSnyderCut telah dilancarkan peminat bagi mendesak Warner Bros. melepaskan filem Justice League yang disunting sendiri oleh Zack Snyder.

Jadi kepada para pembaca diluar sana, apa pendapat anda dengan kenyataan Fisher? Adakah Joss Whedon seorang yang teruk seperti didakwa? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment