Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Filem “Orphan” Isabelle Fuhrman Sertai Barisan Pelakon ‘Escape Room 2’

Antara filem yang berjaya pada tahun ini adalah Escape Room arahan Adam Robitel. Walaupun dari segi kritik ia menerima maklubalas bercampur-campur, tetapi dari segi komersial, filem psikologikal seram itu memberi pulangan yang cukup besar buat Sony apabila meraih $155 juta dolar berbanding modal pembikinan sebanyak $9 juta dolar.

Dengan kejayaan tersebut, pihak studio tidak mengambil masa yang lama untuk membangunkan filem sekuel yang berjudul Escape Plan 2. 

Dipenghujung filem yang lalu, dua karakter yang terselamat itu Ben lakonan Logan Miller dan Zoey lakonan Taylor Russell dilihat mahu menentang organisasi yang hampir meragut nyawa mereka, dan berkemungkinan sekuel filem akan datang (yang turut diarahkan kembali oleh Robitel) akan meneruskan kisah mereka.

Selain daripada Miller dan Russell yang akan meneruskan watak masing-masing dalam sekuel akan datang, laman web Collider mendedahkan, mereka akan disertai pelakon muda iaitu Isabelle Fuhrman, yang dikenali peminat filem seram menerusi filem Orphan. 

Setakat ini tiada pelakon lain diumumkan, dan dijangka pertambahan barisan pelakon mungkin akan diumumkan dimasa akan datang.

Escape Room 2 telah ditetapkan tarikh tayangan iaitu pada 14 Ogos 2020.

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment