Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Crash Landing On You Bakal Bergandingan Dengan Sam Worthington Dalam Filem CROSS


Bintang Crash Landing On You,  Son Ye Jin bakal membuat debut dalam filem Hollywood!

Menurut laporan dari Star News (melalui Soompi), aktres tersebut akan bergandingan dengan pelakon Avatar, Sam Worthington dalam filem sains fiksyen Cross arahan Andrew Niccol. Laporan itu turut menyebut, pelakon Parasite Lee Sun-kyun telah ditawarkan peranan dalam filem akan datang.

Agensi Son Ye Jin telah mengesahkan bahawa pelakon itu akan membintangi Cross kecuali jika ada perubahan besar, dimana dia akan meneliti semula tawaran. Manakala agensi Sun-kyun mendedahkan bahawa pelakon itu masih belum membuat keputusan untuk membintangi filem ini.

Cross akan berkisarkan tentang negara berbilang kaum, yang terpisah kepada dua bahagian; iaitu negara kaya dan negara misikin.

Son Ye Jin dilaporkan bakal memainkan peranan sebagai Vera, seorang wanita yang tinggal berhampiran sempadan di dalam negara miskin yang suaminya telah mati ketika cuba melarikan diri ke pihak kaya. Buat masa ini, Vera bersendirian sebagai ibu tunggal kepada anaknya. Manakala, Sun-kyun akan memainkan peranan sebagai Gideon, ketua pasukan perlindungan sempadan, sementara Sam akan memainkan watak dari negara kaya.


Cross dijangka akan memulakan penggambaran di Korea Selatan pada Mac 2021.


Related posts

7 Pasangan K-Drama Yang Menemui Cinta di Tempat Yang Tiada Harapan

Kakimuvee

“Cinta saya sekarang adalah cinta pertama saya.” – Son Ye Jin 

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

7 Filem Sains Fiksyen Mengenai Angkasa Yang Harus Anda Tonton!

Kakimuvee

Song Joong-Ki Sebagai Juruterbang Kapal Angkasa Dalam Trailer Space Sweepers

Zulaikha

Disney Bersedia Untuk Teruskan Perancangan Filem Ketiga TRON

Kakimuvee