
Nampaknya, Letitia Wright tidak sebijak Shuri!
Bintang Black Panther, Letitia Wright, telah dikecam hebat oleh netizen di Amerika Syarikat kerana kongsikan video anti-vaksin di media sosial.
Menurut laporan media antarabangsa, Wright telah menyiarkan pautan ke video YouTube yang memaparkan Tomi Arayomi menyampaikan isu vaksin tanpa sebarang fakta. Perbuatan pelakon itu jelas sekali mengundang kekecewaan peminatnya.
Walaupun dia berhak keatas pendapatnya, tetapi sebagai contoh kepada masyarakat terutamanya kepada para remaja, tindakannya itu sangat memalukan, lebih-lebih lagi video itu memaparkan dakwaan yang tidak berasas mengenai vaksin.
Selain itu juga, Wright turut berdebat dengan peminat mengenai isu vaksin, dan mempertahankan perbuatannya itu. Anda boleh lihat perdebatannya dengan peminat dibawah:
my intention was not to hurt anyone, my ONLY intention of posting the video was it raised my concerns with what the vaccine contains and what we are putting in our bodies.
— Letitia Wright (@letitiawright) December 4, 2020
Nothing else.
Antivaksin adalah golongan yang menolak pemberian imunisasi kepada anak masing-masing, dan ini menjadi punca kepada munculnya kembali penyakit cegahan vaksin. Dakwaan yang mengatakan vaksi menyebabkan autisme telah dipatahkan dengan Penerangan, dan bukti (practice based evidence).
Selain itu juga, golongan ini menolak vaksin kerana kononnya ia adalah agenda Yahudi untuk menghancurkan umat islam, sedangkan negara Israel turut memberi imunisasi kepada rakyat mereka. Keraguan status halal vaksin juga sudah dijawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Vaksin yang digunakan di Malaysia adalah halal. – Sohana Abdul Hamid, (2019). Anti Vaksin: Apakah Natijahnya Kepada Masyarakat? Universiti Kebangsaan Malaysia