
Berita kematian pelakon Black Panther, Chadwick Boseman mengejutkan banyak peminat dan rakan mendiang.
Boseman, 43, disahkan meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat kanser usus. Menurut keluarganya, mendiang disahkan menghidap kanser itu pada 2016. Meskipun menjalani pembedahan dan kemoterapi, mendiang tetap aktif dan banyak terlibat dalam banyak pembikinan filem.
Rakan seperjuangan dalam The Avengers, Mark Ruffalo yang memainkan watak The Hulk telah kongsikan kedukaannya di media sosial Twitter.
“Saudara, anda merupakan antara yang terbaik sepanjang zaman, dan kehebatan anda cumalah satu permulaan. Tuhan sayangkan anda. Berehatlah dalam kekuasaan, Raja.”
All I have to say is the tragedies amassing this year have only been made more profound by the loss of #ChadwickBoseman. What a man, and what an immense talent. Brother, you were one of the all time greats and your greatness was only beginning. Lord love ya. Rest in power, King.
— Mark Ruffalo (@MarkRuffalo) August 29, 2020
Twitter rasmi Marvel turut menyuarakan kesedihan mereka keatas pemergian Boseman.
“Hati kami luluh, dan ingatan kami terhadap keluarga Chadwick Boseman. Legasi anda akan kekal sampal bila-bila. Rehatlah dengan tenang.”
Our hearts are broken and our thoughts are with Chadwick Boseman’s family. Your legacy will live on forever. Rest In Peace. pic.twitter.com/YQMrEJy90x
— Marvel Entertainment (@Marvel) August 29, 2020
Boseman memulakan karier lakonannya sekitar 2008, dan mula menyinar pada 2013 selepas beliau memainkan watak lagenda besbol Jackie Robinson dalam filem berjudul 42. Kariernya diteruskan menerusi filem Get on Up (2014) dimana dia memainkan watak legenda muzik kulit hitam di Amrika, James Brown.
Kariernya melonjak naik selepas dia membintangi filem Captain Americe: Civil War dengan memainkan watak adiwira King T’Challa atau Black Panther. Dia muncul dalam beberapa filem Marvel seperti Black Panther, Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame. Filem terakhir mendiang, Ma Rainey’s Black Bottom akan ditayangkan di Netflix tidak lama lagi.
Sepanjang kariernya, aktor itu berjaya merangkul beberapa merangkul beberapa anugerah bertaraf global seperti Persembahan Terbaik dalam Filem, serta Adiwira Terbaik oleh MTV Movie & TV Awards, dan Persembahan Terbaik oleh Screen Actors Guild Awards.
https://www.instagram.com/p/CEdLs05FWTn/?igshid=1r59bj3zyz4gi
Sumber: Astro Awani