Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Pengarah American Hustle David O. Russell bersedia untuk arahkan filem terbaru yang bakal menampilkan para bintang Hollywood, lapor Deadline.

Projek misteri itu kini sedang dalam produksi di California, dan menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti pemenang Oscar Christian Bale, Margot Robbie (I, Tonya), John David Washington (BlacKkKlansman, Tenet), Michael B. Jordan (Black Panther, Creed), Rami Malek (The Little Things, No Time to Die) dan Zoe Saldana (Guardians of the Galaxy Vol. 2, Star Trek Beyond)

Turut sertai barisan pelakon adalah pemenang Oscar, Robert De Niro (The Irishman, Joker), pemenang Emmy Mike Myers (Inglorious Basterds, Bohemian Rhapsody), calon Emmy Timothy Olyphant (The Mandalorian, Deadwood: The Movie), Michael Shannon (Knives Out, The Shape of Water), Chris Rock (Fargo, The Witches), Anya Taylor-Joy (The New Mutants, The Witch), Andrea Riseborough (Possessor, The Death of Stalin), Matthias Schoenaerts (The Old Guard, A Hidden Life) dan Alessandro Nivola (The Art of Self-Defense, The Many Saints of Newark).

David O. Russell akan menulis dan mengarahkan projek terbaru ini. Filem ini menandakan kerjasama ketiga diantara pengarah dan Bale selepas kedua-dua bekerjasama dalam filem The Fighter, yang mana Bale memenangi anugeah Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik, dan America Hustle. 

Projek ini diterbitkan Arnon Milchan, Matthew Budman, dan Anthony Katagas untuk produksi New Regency.

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment