Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang Avengers: Endgame Jeremy Renner Kongsikan Gambar Ronin Yang Tidak Pernah Dilihat Peminat


Walaupun filem Avengers: Endgame telah lama ditayangkan kepada penonton, bintang utamanya, Jeremy Renner masih berminat untuk berkongsi sekeping gambar karakter lakonannya, Ronin kepada peminat.

Gambar yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu kelihatan agak menarik kerana ia hampir menyerupai karakter Ronin versi komik. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Dalam filem yang lalu, Renner telah memainkan perananya sebagai Ronin semasa diawal filem. Walaupun Renner tidak mengunakan kostum Ronin disepanjang filem, ia masih mampu memberikan adegan aksi yang akan diingati oleh peminat.

Renner akan kembali memainkan peranannya sebagai Clint Barton dalam siri televisyen Disney+ Hawkeye, dimana dia mungkin akan bergandingan dengan Hailee Steinfeld sebagai Kate Bishop. Setakat ini, plot siri televisyen itu masih lagi tidak diketahui, bagaimana peminat berteori bahawa Barton mungkin akan melepaskan gelaran Hawkeye kepada anak muridnya, iaitu kate Bishop.

Apapun, kita nantikan perkembangan siri televisyen Hawkeye dimasa akan datang.


https://www.instagram.com/p/B2SyWO6DdTY/?utm_source=ig_web_copy_link


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee