Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang ‘Attack on Titan,’ Rina Takeda Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Zombi Dari Hong Kong

Dari kiri: Rina Takeda, Desmond Tan, Rebecca Lim and Wiyona Yeung. Sumber: Deadline

Pelakon aksi dari Jepun Rina Takeda (Attack on Titan, Karate Girl kini sedang dalam rundingan untuk membintangi filem zombi dari Hong Kong berjudul Chungking Mansions, lapor Deadline.

Turut dalam rundingan untuk membintangi filem tersebut adalah pelakon dan model Korea Selatan, Go Joon-hee (She Was Pretty, Possessed), pelakon Hong Kong, Wiyona Yeung (We Are Legends) dan pelakon Singapura (Derek, Ink at Tai Ping), Desmond Tan dan Rebecca Lim (The Bridge).

Chungking Mansions akan menceritakan kisah sekumpulan orang yang berbeza dari seluruh dunia yang perlu menaiki bangunan ikonik Chungking Mansions di tengah-tengah wabak zombie di Hong Kong.

Menurut sumber Deadline, filem aksi-thriller ini akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, dengan menyatakan bahawa watak utamanya adalah orang Amerika yang berusaha keras untuk menyelamatkan isteri dan anaknya yang sedang berlindung di Chungking Mansions. Filem ini juga “akan menggunakan beberapa bahasa termasuklah Jepun, Korea dan Kantonis, bagi mencerminkan pelbagai budaya pada produksi dan Chungking Mansions itu sendiri.”

  • Go Joon-hee akan memainkan watak sebagai model berprofil tinggi yang menghadiri pelancaran kempen fesyen ketika wabak itu berlaku.
  • Wiyona Yeung akan berperanan sebagai guru kesihatan yang terperangkap dalam kekacauan yang terjadi.
  • Desmond Tan sebagai hustler yang membantu seorang warga Amerika yang mencari keluarganya.
  • Kevin Leslie akan menjadi backpacker dari Britain yang mencari kekasihnya.
  • Rebecca Lim sedang dalam perbincangan untuk memainkan peranan sebagai orang kanan kepada seorang lelaki disebalik wabak zombi.
  • Rina Takeda ditawarkan peranan sebagai Ejen Khas dari Jepun yang mencari mereka yang bertanggungjawab yang menyebabkan penularan wabak zombi. 

Penggambaran dijadualkan bermula pada tahun hadapan. 

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Poster & Gambar Terbaru ” Uncharted” Goda Aksi Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Leave a Comment