Berita

Bintang Aquaman Bawakan Watak Utama Dalam Filem Matrix 4

Views

Pelakon filem Aquaman, Yahya Abdul-Mateen II dilaporkan menyertai Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss dalam filem keempat Matrix arahan Lana Wachowski. Watak Mateen II buat masa ini masih belum didedahkan, namun dilaporkan akan membawa watak utama dalam filem terbaru itu nanti.

Produksi filem dijangkan bermula seawal tahun hadapan, Wachowski akan turut bertindak selaku penulis bersama-sama dua lagi penulis iaitu Aleksander Hemon dan David Mitchell. Setakat ini plot filem masih belum diketahui, dan dipercayai akan bersambung dari filem The Matrix Revolutions yang ditayangkan pada 2003.

Trilogi Matrix yang terdiri daripada The Matrix, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions telah berjaya meraih $1.6 billion dolar seluruh dunia. Ketiga-tiga filem tersebut ditulis dan diarahkan oleh Lana dan adiknya, Lilly Wachowski dan dibintangi Reeves dan Moss.

Warner Bros. Pictures dan Village Roadshow Pictures akan menerbitkan dan mengedarkan filem ini seluruh dunia. Buat masa ini tarikh tayangan The Matrix 4 masih belum didedahkan pihak studio

BACA:  Sinopsis Pacific Rim: Uprising Didedahkan

Tinggalkan Balasan

shares