Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Bintang American Horror Story Akan Bawa Watak Utama Dalam Siri HBO Max “Green Lantern”

Warner Bros. Television telah mengumumkan bahawa calon Primetime Emmy, Finn Wittrock (American Horror Story; Ratched) telah dipilih untuk memainkan watak utama sebagai Guy Gardner dalam siri live-action Green Lantern yang akan datang di HBO Max.

Dia akan menjadi salah satu anggota Green Lanterns yang akan muncul dalam siri ini. Wataknya digambarkan sebagai “sangat maskulin, dan, seperti yang dipaparkan dalam komik, seorang yang hiper-patriotisme. Namun, Guy agak disukai.”

Berikut adalah sinopsis Green Lantern; “Green Lantern mencipta semula harta intelek DC klasik melalui kisah yang merangkumi beberapa dekad dan galaksi, bermula di Bumi pada tahun 1941 dengan Green Lantern yang pertama, ejen FBI Alan Scott, dan tahun 1984, dengan Guy Gardner, alfa yang sombong dan Bree Jarta yang separa makhluk asing . Mereka akan disertai oleh banyak Lanterns lain – dari buku komik kegemaran sehinggalah pahlawan yang belum pernah dilihat sebelumnya. “

Pelakon untuk watak Alan Scott akan diumumkan Warner Bros. Television tidak lama lagi. 

Siri ini akan ditulis oleh Seth Grahame-Smith (The LEGO Batman Movie; Dark Shadows) dan Marc Guggenheim (Arrow; Green Lantern [2011]), manakala Greg Berlanti akan berfungsi sebagai penerbit eksekutif. 

Green Lantern dijangka memulakan penggambaran hujung tahun ini.

Related posts

Adakah Loki Akan Mencapai “Tujuan Gemilangnya”?

Kakimuvee

New Documentary Series on Secret Asian Drug Epicenter premieres exclusively on HBO GO July 23

Kakimuvee

NEW HBO LIMITED SERIES THE WHITE LOTUS DEBUTS JULY 12 EXCLUSIVELY ON HBO GO AND HBO

Zulaikha

Siri Prekuel “Supernatural” Kini Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Disney+ Bakal Terbitkan Siri Musikal “Beauty and the Beast”

Kakimuvee

THE COUNTDOWN BEGINS AS GLOBAL RICK AND MORTY DAY BLASTS THE MULTIVERSE

Kakimuvee

Leave a Comment