Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Bill & Ted Kembali Bertemu ‘Death’ Dalam Klip Filem BILL & TED FACE THE MUSIC

Orion Pictures telah melanckan klip terbaru dari filem Bill & Ted Face the Music yang menampilkan dua watak utama lakonan Alex Winter dan Keanu Reeves bertemu kembali rakan lama mereka, Death (William Sadler). Anda boleh saksikan klip filem tersebut dibawah. 

Bill & Ted Face the Music berkisar tentang Bill S. Preston (Winter) and Ted “Theodore” Logan (Reeves), yang kini menjadi bapa, tetapi masih belum memenuhi takdir rock ‘n’ roll mereka. Kehidupan mereka berubah apabila mereka dikunjungi seorang utusan dari masa hadapan yang memberi amaran kepada mereka bahawa hanya lagi mereka yang dapat menyelamatkan dunia.

Filem ini turut dibarisi pelakon seperti Samara Weaving (Ready or Not) dan Brigette Lundy-Paine (Atypical) masing-masing sebagai anak perempuan Bill dan Ted, serta Anthony Carrigan (Barry), Jillian Bell (Workaholics), Kristen Schall (Toy Story 4), Holland Taylor (Gloria Bell), Kid Cudi, Erinn Hayes, Jayma Mays, dan Beck Bennet. William Sadler juga akan mengulangi peranannya sebagai Death di samping pelakon asal Amy Stoch dan Hal London Jr. Newcomer.

Bill & Ted Face the Music akan ditayangkan 27 Ogos ini.

Advertising

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Trailer Pertama “Love Alarm” Musim Kedua

Zulaikha

Tonton Teaser Pertama “Army of the Dead” Arahan Zack Snyder

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Amazon Lancar Trailer Terbaru Siri Animasi “Invincible”

Kakimuvee

Pertarungan Berdarah Dalam Trailer ‘R-rated’ “Mortal Kombat”!

Kakimuvee

Saksikan Jang Dong Yoon & Kam Woo Sung Berusaha Menewaskan ‘Undead’ Dalam Teaser Terbaru “Joseon Exorcist”

Zulaikha

Leave a Comment