Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Tempatan

Bila Yang Haq & Yang Batil Bertembung; Saksikan ROH Dipawagam 19 Mac Ini

Kuman Pictures dan TGV Pictures bakal membawakan kepada penonton sebuah filem seram tempatan berjudul ROH yang menampilkan trio filem Redha, Nam Ron, June Lojong dan Harith Haziq.

Sinopsis

Pada zaman dahulu, di pinggir sebuah hutan, sebuah keluarga daif yang terdiri daripada Mak(Farah Ahmad), Along (Mhia Farhana) dan Angah (Harith Haziq) didatangi seorang budak perempuan yang bukan sebarang budak, Adik (Putri Qaseh). Adik memberi ramalan bahawa bila bulan mengambang, seluruh isi keluarga akan mati. Seorang dukun yang gelarkan dirinya Tok (June Lojong) menjangka petaka akan tiba. Seorang lelaki misteri Pemburu (Nam Ron) datang untuk mencari anaknya yang hilang, tetapi dia juga ada tujuan lain. Peristiwa mistik dan seram berlaku bila yang haq dan yang batil bertembung; roh siapakah yang akan terselamat?

Filem arahan dan tulisan Emir Ezwan ini dihasilkan dengan modal yang cukup minima sekitar RM360 ribu sahaja. Roh juga merupakan satu-satunya filem cereka Malaysia yang dipilih untuk Singapore International Film Festival 2019 dan Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2019.

Dibarisi pelakon seperti Farah Ahmad, Nam Ron, June Lojong, Harith Haziq, Mhia Farhana dan Putri Qaseh, ROH akan menemui penonton mulai 19 Mac 2020.

https://youtu.be/K8npKb0ZvkQ

Related posts

Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir “WandaVision”

Kakimuvee

[Trailer] Netflix Dedah Tarikh Tayangan “To All the Boys: Always and Forever”

Kakimuvee

Layla Majnun is Coming to Netflix in February

Isqandar

“The Penthouse” ‘Tease’ Kejutan Musim Ke-2 Melalui Trailer Pertama

Zulaikha

Klip Rasmi “WandaVision” Papar Dua Watak Utama Cuba Ingati Hari Istimewa Mereka

Kakimuvee

Amazon Lancar Trailer “Bliss”, Filem Sci-Fi Drama Lakonan Owen Wilson & Salma Hayek

Isqandar

Leave a Comment