Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Big Mouth” Mengakhiri Rancangan Dengan Rating Tertinggi


Drama popular MBC Big Mouth telahpun mengakhiri rancangannya. 

Episod terakhir drama noir lakonan Lee Jong Suk dan YoonA itu telah mencapai jumlah penonton tertinggi yang pernah dicatatkan drama tersebut. Menurut Nielsen Korea, episod finale Big Mouth telah merekodkan purata rating 13.7 peratus, sekaligus menjadi drama paling ramai penonton dalam slot waktunya dan mencipta rekod peribadi rancangan itu. 

Sementara itu, drama SBS Today’s Webtoon turut menamatkan rancangan malam tadi dengan episod terakhir mencatatkan rating 1.6 peratus. 

Drama baru tvN Blind, yang bermula baik pada tayangan perdana, menyaksikan penurunan pada episod kedua dengan rating 2.4 peratus berbanding rating 3.4 peratus pada episod pertama.

Little Woman kekal menduduki tempat dalam slot waktunya di semua saluran kabel dengan episod terbaru merekodkan rating 7.0 peratus.


Dengan tinggal satu episod sahaja lagi, drama JTBC The Good Detective 2 memperoleh purata rating 5.3 peratus untuk episod terbaru. 

Sumber: Soompi


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee