Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Beyoncé & Donald Glover Berduet Dalam TV-Spot Terbaru The Lion King


TV-spot terbaru filem live action The Lion King telah dilancarkan semalam. TV-Spot tersebut memaparkan lagu “Can You Feel The Love Tonight” nyanyian duet diantara Beyoncé dan Donald Glover. Anda boleh tonton tv spot dibawah.

Filem ini merupakan adaptasi dari filem animasi klasik Disney pada tahun 1994 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta.

Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.

The Lion King diarahkan oleh Jon Favreau dan dibintangi pelakon-pelakon suara seperti Donald Glover, Seth Rogen, Chiwetel Ejiofor, Alfre Woodard, Billy Eichner, John Kani, John Oliver, Beyoncé Knowles-Carter, serta James Earl Jones yang akan membawakan suara watak asalnya, Mufasa

Jangan lupa saksikan filem ini di Malaysia pada 18 Julai 2019.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee