Slot Tempatan

Beto Kusyairy & Tiz Zaqyah Bergandingan Dalam Telefilem SINAR YANG DINANTI

Views

Bekas pemenang Pelakon Drama Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2016, Beto Kusyari dan Tiz Zaqyah bakal bergandingan dalam sebuah telefilem berjudul Sinar Yang Dinanti. 

Telefilem arahan Yus Yusof itu akan mengangkat tema kekeluargaan yang turut diselitkan dengan unsur Islamik.

Sinar yang Dinanti yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi turut dibarisi pelakon seperti Zul Helmy, Lia Natalia, Normah Aman Huri, Nelissa Emielda, Razman Mahayuddin dan Nazam Anas. Penggambaran kini sedang dijalankan dan akan melibatkan beberapa lokasi sekitar Kuala Selangor, termasuk Bukit Melawati, Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sekinchan dan Tanjung Karang.

 

View this post on Instagram

 

Tuan pengarah @yusyusop_ Dan hero @beto_kusyairy

A post shared by TIZ ZAQYAH RAZAK (@tiz.zaqyah) on

Dalam perkembangan lain,  Beto dan Tiz sekali lagi akan berkongsi skrin menerusi filem 300 Nautika yang kini dalam proses pos-produksi. Filem bertemakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu turut menampilkan Aeril Zafrel dan Hasnul Rahmat sebagai pelakon utama.

BACA:  Alif Satar Bintangi Filem BAKARA 

Selain itu, Beto bakal muncul menerusi beberapa filem baru yang akan datang iaitu Anak Rimau, Mat Kilau dan Imaginur yang masih dalam proses pembikinan.

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares