Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Beto Kusyairy Menang Anugerah Di Singapura

Beto Kusyairy menangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Pesta Perdana 2017, Singapura

Anak Tempatan Mengaum Lagi Di Luar Negara.

Sebelum ini, pelakon Chew Kin Wah telah mengharumkan nama negara di industri Hiburan di Indonesia apabila berjaya memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Anugerah Box Office Indonesia 2017 yang berlangsung baru-baru ini.

Kali ini seorang lagi pelakon Malaysia berjaya memenangi anugerah berprestij di luar negara. Beto Kusyairy telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Pelakon Lelaki terbaik di anugerah Pesta Perdana 2017 di Singapura melalui drama bersiri “Kisah Tok Kadi”.

Selain Beto, turut tercalon adalah pelakon Nasir Bilal Khan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama/Antologi dan Hamidah Wahab dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Drama komedi bersiri Kisah Tok Kadi itu juga berjaya memenangi 4 lagi anugerah termasuklah Program Paling Popular.

Pesta Perdana 2017, Singapura

Anugerah kali ke 14 itu itu menyenaraikan hampir 23 anugerah keseluruhan dengan 18 calon tersenarai sebagai calon kali pertama.

Drama Bersiri Terbaik dimenangi Aduh Bibikku dan Drama Khas Terbaik dimenangi telemovie Anak Bulan. Anugerah tahunan Pesta Perdana 2017 adalah anjuran saluran Suria milik Mediacorp TV Singapura yang memberikan penghargaan kepada rancangan terbitan saluran televisyen berbahasa Melayu di republik itu.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment