Beto Kusyairy Kongsi Pengalaman Berlakon Filem Bravo 5

0
793
views

Beto Kusyairy

Pelakon utama filem Bravo 5, Beto Kusyairy telah berkongsi pengalamanya berlakon sebagai askar komando kepada wartawan Sinar Harian baru - baru ini. Menurut beliau, berlakon dalam filem patriotik dan aksi ini adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakannya.

Memegang watak sebagai Trooper Karim, iaitu salah seorang lima komando yang ditugaskan untuk memburu penganas komunis, Beto dikehendaki untuk berguru dengan komando sebenar Angkatan Tentera Malaysia bagi benar - benar memastikan wataknya sebagai seorang komando yang sebenar.

“Justeru sebelum memulakan lakonan, kami berkesempatan berguru dengan komando sebenar Angkatan Tentera Malaysia di Kem Sungai Udang, Melaka selama seminggu.

“Selama di sana, kami diajar bagaimana formasi ala komando, mengenal pasti perangkap samar, mengenal jenis senjata dan pelbagai lagi latihan komando.

“Tetapi sebagai pelakon untuk filem, kami tidaklah menjalani latihan seperti untuk menjadi komando sebenar. Kami hanya diberikan asas komando sahaja,”  - Beto

bravo 5

Selain itu juga, beliau berkongsi pengalamannya melakukan aksi stunt nya sendiri tanpa memerlukan pelakon lagak ngeri. Menurut beliau, pengalamannya sebagai pelakon lagak ngeri banyak membantu beliau untuk melakukan aksi - aksi lasak dalam filem Bravo 5 ini.

Filem arahan Mohd Latif Zami atau juga dikenali sebagai Yeop Hitler ini mengisahkan kisah sebenar lima komando negara yang melakukan misi untuk mengesan penganas komunis pada waktu itu. Filem Terbitan KaryaPrima Production dan hasil kerjasama Angkatan Tentera Malaysia menelan belanja sebanyak RM4.5juta

Selain Beto Kusyairy, 4 lagi pelakon yang membawa watak komando dalam filem ini ialah Remy Ishak (Leftenan Azri), Shashi Tharan (Korporal Morgan), Xiaviar Fong (Korporal Ah Chia) dan Frank Peterson (Sarjan Unya) manakala pelakon dan pengarah Sofi Jikan membawa watak sebagai ketua penganas Komunis.

Bravo 5 akan menemui penonton pada 10 September 2015

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here