Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Bersiap Sedia Dengan Kebangkitan Gru Dalam TV-Spot MINIONS: THE RISE OF GRU

Universal Pictures dan Illumination telah melancarkan tv-spot terbaru Minions: The Rise of Gru sempena kejohanan Super Bowl. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

Minions: The Rise of Gru akan menceritakan kisah asal usul dan bagaimana para ‘minions’ menjadi pengikut supervillain Despicable Me, Gru. Dipenghujung babak filem Minions, telah dipaparkan watak Gru semasa kanak-kanak, dan menyaksikan para minion mula mengikuti dia selepas melihat Gru berpotensi menjadi tuan mereka.

Advertising

Minions yang ditayangkan pada 2015 telah berjaya meraih $1.159 bilion dolar seluruh dunia dan menjadi filem kesebelah paling tinggi kutipan sepanjang zaman. Ia mengisahkan tentang penggembaraan tiga ‘minions’ – Kevin, Stuart dan Bob – yang cuba mencari tuan baru untuk puaknya. Pencarian ketiga-tiga Minions itu membawa kepada pertemuan dengan penjahat terhebat, iaitu Scarlet Overkill. Mereka bagaimanapun perlu menghadapi cabaran hebat untuk menyelamatkan seluruh puaknya … dari diancam kepupusan.

Pierre Coffin kembali menyuarakan watak Kevin, Stuart dan Bob. Dia turut disertai Steve Carell sebagai Gru, Russell Brand sebagai Dr. Nefario dan pelakon terkenal iaitu Kevin Hart, Margot Robbie serta Dave Bautista.

Filem animasi 3-D arahan Kyle Balda ini akan menemui penonton pada 3 Julai 2020.

Advertising

Related posts

[TRAILER] Siri Terbaru Netflix “Shadow and Bone” Akan Ditayangkan April Ini.

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Terakhir & Poster Karakter “Pacific Rim: The Black”

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Pertama “Love Alarm” Musim Kedua

Zulaikha

Tonton Teaser Pertama “Army of the Dead” Arahan Zack Snyder

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman