Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bersedia Untuk Takutkan Kegelapan Dalam Poster Rasmi DON’T BREATHE 2


Sudah tiba masanya untuk takut berada dalam kegelapan!

Sony Pictures telah melancarkan poster rasmi pertama filem sekuel yang dinantikan, Don’t Breathe 2, menampilkan Stephen Lang yang kembali sebagai lelaki buta yang menakutkan. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.

Ditetapkan beberapa tahun selepas peristiwa dari filem pertama, Don’t Breathe 2 akan meneroka perwatakan protagonis Norman (Stephen Lang) yang kini menjadi bapa kepada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Phoenix (Madelyn Grace). Keluarga baru itu bagaimanapun diserang oleh penceroboh yang lebih merbahaya dan menakutkan, dan mensasarkan kanak-kanak yang dijaga Norman. 

Don’t Breathe 2 diarahkan oleh Rodo Sayagues manakala lakon layar ditulis secara bersama oleh Fede Alvarez dan Rodo Sayagues. Kedua-dua mereka sebelum ini terlibat dalam pembikinan filem pertama dengan Alvarez berfungsi sebagai pengarah. Filem ini diterbitkan oleh Fede Alvarez, Sam Raimi, dan Rob Tapert.

Stephen Lang mengulangi peranannya sebagai Norman Nordstrom / “The Blind Man”, di samping Brendan Sexton III dan Madelyn Grace serta beberapa pelakon lain dalam peranan pelakon pembantu. 


Don’t Breathe 2 akan datang di pawagam Malaysia tidak lama lagi. Filem ini dinilai ‘R-rated’. Tonton trailer disini.


Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee