Filem sekuel Train to Busan, Peninsula telah melancarkan dua poster terbaru yang memaparkan para watak cuba melepaskan diri dari malapetaka zombi. Anda boleh saksikannya dibawah.
Peninsula dibintangi Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan. Kang Dong Won akan memainkan peranan utama sebagai Jung Suk, karakter yang akan menentang keganasan Zombi bersama-sama Min Jung lakonan lakonan Lee Jung Hyun.
Pelakon kanak-kanak Lee Rae akan memainkan peranan sebagai Joon Yi, manakala aktor veteran, Kwon Hae Hyo akan membawakan peranan Kim Noh In, ahli kumpulan Ming Jung yang paling tua. Sementara itu, Kim Min Jae dan Goo Kyo Hwan akan membawakan peranan sebagai pasukan penyelamat.
Sekuel kali ini akan berlatarbelakangkan 4 tahun selepas kejadian Train To Busan dimana keseluruhan kawasan semenanjung menjadi tanah terbiar dan dikuasai zombi. Bagaimanapun terdapat segelitir manusia yang masih hidup, menanti untuk diselamatkan.
Peninsula dijangka menemui penonton pada 2020. (Tonton trailer Peninsula disini)