Slot AsiaTrivia

Bersantai Pada Bulan Mac Dengan KDrama Terbaru

Views

Bulan Mac menyaksikan beberapa drama terbaru dari Korea Selatan bakal menjadi hit dikalangan para peminat tempatan. Antara yang dinantikan sudah tentunya musim kedua Kingdomtayangan di Netflix, Rugal, Meow The Secret Boy/Welcome serta beberapa drama lain. Seperti bulan-bulan sebelumnya, kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada peminat, drama-drama Korea menarik pada bulan ini.

Memorist (tvN)

  • Tayangan bermula 11 Mac
  • Setiap Rabu & Khamis
  • Lakonan Yoo Seung Ho, Lee Se Young

Ketika Dong Baek di sekolah menengah, dia tiba-tiba mendapat kuasa supernatural. Setiap kali dia menyentuh seseorang, dia dapat membaca ingatan orang itu. Dong Baek kemudiannya menjadi detektif. Dia berjaya menangkap banyak penjenayah, dan kemudian berhadapan dengan kes misteri tentang pembunuhan bersiri.

Hospital Playlist (tvN/Netflix)

  • Tayangan bermula 12 Mac
  • Setiap Khamis
  • Lakonan Jo Jung Suk, Yoo Yeon Seok, Jung Kyung Ho

5 orang doktor yang merupakan sahabat lama sejak berusia 20 tahun yang sama-sama belajar di kolej perubatan pada tahun 1999, dan kini mereka adalah rakan sekerja di hospital yang sama

Kingdom Musim 2 (Netflix)

  • Tayangan 13 Mac
  • Lakonan Ju Ji Hoon, Ryu Seung Ryong, Bae Doona

Dalam usaha untuk menyelamatkan rakyat semasa wabak zombie menyerang, Putera Mahkota Lee Chang kembali ke istana untuk mencari sumber wabak itu dan mengungkap rahsia dan plot lain dalam istana

Rugal (OCN)

  • Tayangan bermula 16 Mac
  • Setiap Isnin & Selasa
  • Lakonan Choi Jin Hyuk, Park Sung Woong, Jo Dong Hyuk
BACA:  Penggambaran Arthdal Chronicles Musim Ke-2 Tertangguh Disebabkan Pandemik COVID-19

Berdasarkan webkomik, Rugal mengisahkan tentang detektif elit, Kang Ki Bum (Choi Jin Hyuk) yang cuba untuk menjatuhkan sebuah organisasi jenayah yang berpangkalan di seluruh dunia bernama Argos. Dalam proses itu, dia akhirnya menjadi sasaran oleh penjenayah hebat di belakang Argos, dia bukan sahaja kehilangan isteri tercinta dan kedua-dua matanya, tetapi dia juga diperangkap atas tuduhan membunuh isterinya.

Selepas menerima satu set mata buatan dengan kebolehan khas yang dibuat menggunakan bioteknologi yang dibangunkan oleh sebuah organisasi yang bernama Rugal, Kang Ki Bum menetapkan usaha untuk membalas dendam dan menghapuskan organisasi jenayah itu yang bertanggungjawab di atas segala penderitaannya.

Find Me In Your Memory (MBC)

 

  • Tayangan bermula 18 Mac
  • Setiap Rabu & Khamis
  • Lakonan Kim Dong Wook, Moon Ga Young

Drama ini mengisahkan seorang lelaki dengan kondisi hyperthymesia, suatu keadaan yang memberinya kebolehan untuk mengingati banyak pengalaman hidup mereka secara terperinci, dan seorang wanita yang melupakan saat-saat yang paling penting dalam hidupnya.

BACA:  Drama "It’s Okay To Not Be Okay" Kuasai Kedudukan Pertama, "Backstreet Rookie" Catat Peningkatan Penonton

A Piece Of Your Mind (tvN)

 

 

  • Tayangan bermula 23 Mac
  • Setiap Isnin & Selasa
  • Lakonan Jung Hae In, Chae Soo Bin, Lee Hana

Berkisarkan tentang seorang pengaturcara kecerdasan buatan bernama Ha Won (lakonan Jung Hae In), yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun dalam cinta satu sisi dan telah mengundurkan diri ke kehidupan yang penuh kesepian. Dia kemudian bertemu dengan jurutera rakaman klasik Seo Woo (lakonan Chae Soo Bin), yang mendapati dirinya tertarik kepada Ha Won selepas melihat cinta satu sisi jejaka tersebut dari jauh.

Meow The Secret Boy/Welcome (KBS2)

  • Tayangan bermula 25 Mac
  • Setiap Rabu & Khamis
  • Lakonan L Kim Myung Soo, Shin Ye Eun, Seo Ji Hoon

Adaptasi dari webkomik bertajuk Welcome karya Go Ara.

Sol-A (Shin Ye-Eun) merupakan wanita di pertengahan umur 20-an, dia bekerja untuk syarikat pereka grafik. Sol-A mengimpikan untuk menjadi artis webkomik, satu hari Sol-A bawa balik rumah seekor kucing, Hong-Zo (L Kim Myung-Soo). Sol-A tidak mengetahui Hong-Zo bukan kucing biasa. Hong-Zo mempunyai kebolehan bertukar menjadi manusia.

Tinggalkan Balasan

shares