Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Berita Jeremy Renner Mengalami Kecederaan Di Set Infinity War Adalah Palsu


Jumaat lalu, dilaporkan aktor Jeremy Renner mengalami kecederaan semasa melakukan pengambaran di set filem Marvel akan datang, Infinity War. Nyata berita tersebut adalah palsu kerana beliau lagi memasuki set pengambaran tersebut untuk melakonkan wataknya, tetapi kecederaannya berlaku semasa sesi pengambaran filem komedi berjudul Tag.

Aktor berkenaan mengesahkan berita mengenai kemalangan tersebut kepada laman web TheWrap adalah tidak tepat dan tidak berlaku di set Infinity War.

Beliau muncul dikhalayak ramai dengan kedua-dua tangannya mengalami kecederaan iaitu dibahagian bahu kanan dan juga pergelangan kiri. Renner jelas kecewa dengan berita yang tidak tepat itu kerana bimbang ia akan menjejaskan karier seseorang artis.

“These things that get misconstrued in the media. It’s really the most awful, strange things. These are things that can be damaging to an artist or a career. If you’re a respected actor, all of a sudden this is being said, and you’re like, ‘What?’ And that becomes the biggest news. Really, that’s news?”

Lebih menarik, kecederaan yang dialami olehnya berlaku pada 22 Jun yang lalu, bukannya berlaku pada Jumaat lepas.


https://www.instagram.com/p/BVqEMLVhpE-/

Renner buat masa ini masih belum menyertai rakan-rakan di set pengambaran Infinity War dan masih menjalani pengambaran untuk filem komedi itu. Beliau juga berharap kecederaan dapat sembuh dengan segera untuk segera kembali set pengambaran.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee