Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Berita Hollywood Ingin Hasilkan Semula Filem Korea “Parasite” Sekadar Khabar Angin – CJ Entertainment


CJ Entertainment menafikan laporan yang mengatakan mereka kini dalam rundingan awal dengan studio penerbitan Hollywood untuk hasilkan filem ‘remake’ Parasite. 

Berita tersebut mula tersebar menerusi laman hiburan yang berpengkalan di Amerika Syarikat, IndieWire pada 2 Julai yang lalu.

Menurut sumber dari CJ Entertainment, filem arahan Bong Joon itu banyak menarik minat dari luar negara, tetapi tiada perancangan atau perbincangan untuk hasilkan filem ‘remake’.

“As the winner of the Palme d’Or, and also as director Bong Joon Ho’s latest film, it is true that there is a lot of interest in the movie overseas. However, there are no concrete plans or talks for a remake.”

Menurut sumber itu lagi, khabar angin itu mungkin tersebar disebabkan banyak yang berminat dengan filem tersebut.


Filem Parasite mencipta sejarah industri perfileman Korea apabila menjadi filem Korea pertama yang berjaya merangkul anugerah berprestij Palme d’Or di Festival Filem Cannes. Selain itu juga, filem tersebut turut berjaya di arena Box Office Korea Selatan.

Bertemakan dark-comedy, Parasite mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak berkerja (lakonan Song Kang Ho) yang terlibat dengan kehidupan keluarga kaya selepas anak sulungnya (lakonan Choi Woo Shik) mula menjadi pengajar kepada anak mereka.


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee