Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Berita Hawkeye Muncul Dalam Filem Ant-Man Adalah Palsu

Antara khabar angin paling kencang dalam dunia perfileman Hollywood adalah berita mengenai kemunculan watak pembantu terkenal dalam siri filem Avengers, Hawkeye dalam filem terbaru Ant-Man and The Wasp. Berdasarkan rumor yang dikeluarkan beberapa hari lalu, dikatakan Jeremy Renner tidak akan berlakon dalam filem Mission Impossible 6 kerana akan berlakon dalam filem kedua Ant-Man.

Rumor berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi, ada peminat yang kecewa Jeremy tidak berlakon dalam filem Mission Impossible 6 dan terdapat peminat (Marvel Fanboy) yang kelihatan bergembira melihat Hawkeye akan bersama-sama Ant-Man menentang Supervillian.

Bagaimanapun, Pengarah filem Ant-Man, Peyton Reed dengan pantas menafikan penglibatan Jeremy dalam filem arahannya dan menganggap berita tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

Mungkin rumor ini bermula semasa Jeremy melakonkan babaknya dalam filem Avengers: Infinity War pada hari yang sama Paul Rudd danĀ Evangeline Lilly melakonkan babak mereka dalam filem Ant-Man & The Wasp.

Ant-Man dan Hawkeye pernah berkerjasama dalam filem Captain America: Civil War dimana Ant-Man duduk di atas panah Hawkeye yang kemudiannya dilepaskan kearah Iron Man. Jadi jika Jeremy RennerĀ muncul sebagai pelakon pembantu dalam Ant-Man & The Wasp ia mungkin menghasilkan satu filem yang sangat menarik.

Bagaimanapun, ketiadaan Jeremy dalam filem Mission Impossible pasti dirasai kerana dia merupakan antara pelakon yang utama dalam dua filem terakhir Mission Impossible sebelum ini dan karakternya telah memberi impak yang besar kepada peminat Mission Impossible.

Well, mestiĀ Fanboy Marvel kecewa tidak dapat melihat Ant-Man berada diatas panah Hawkeye dalam filem Ant-Man & The Wasp nanti.Ā 

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment