Filem The Batman adalah filem yang paling banyak di”bual”kan dilaman internet. Bermula dari hari pertama pengumuman filem berkenaan sehinggalah berita peletakkan jawatan Ben Affleck sebagai pengarah filem The Batman dan pemilihan pengarah Matt Reeves bagi menggantikan tempatnya.
Berita terbaru yang kami baca mengenai filem berkenaan, pengarah Matt Reeves dikatakan masih belum memulakan apa-apa produksi mengenai filem berkenaan kerana dia mahu menumpukan perhatiannya terhadap filem arahanya yang akan ditayangkan tidak lama lagi, iaitu War for the Planet of the Apes.
Well, filem The Batman dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2019, Matt Reeves masih banyak masa lagi untuk membikin filem terbarunya nanti. Tetapi, terdapat khabar angin yang agak menarik mengenai filem superhero DC ini. Dikatakan, Matt Reeves akan menghasilkan skrip terbaru dan skrip yang ditulis oleh Ben Affleck telah ditolak oleh pengarah berkenaan.
Malah bukan itu sahaja, jika berita sebelum ini mengatakan Deathstroke bakal diketepikan, berita kali ini agak “promosing”, Matt Reeves bukan sahaja mengekalkan Deathstroke sebagai villain dalam filem The Batman, dia menambah lagi dua watak villain untuk filem berkenaan dan villain yang dimaksudkan adalah Joker dan Scarecrow.

Jika apa yang di”rumour”kan itu benar, pasti filem The Batman kali ini antara yang menarik dan penuh aksi, kerana Batman bukan berhadapan dengan satu villain, tetapi sebaliknya tiga villain.
So, kepada peminat The Batman, jika tiga villain ini disahkan akan muncul dalam filem Batman, adakah anda akan rasa teruja?