Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Berikan Mereka Ruang!,” Zachary Levi Pertahankan DCU Pimpinan James Gunn & Peter Safran


Semasa bercakap dengan peminatnya di Instagram Live, bintang Shazam! Zachary Levi mengulas mengenai status semasa DC Universe, mempertahankan CEO bersama James Gunn dan Peter Safran.

Levi membincangkan banyak perubahan yang sedang berlaku di DC dan meyakinkan peminat bahawa dia optimis tentang hala tuju DCU, dengan berkata, “Ia akan baik-baik saja. Ia akan menjadi lebih baik daripada baik-baik saja.”

“Ia bukan satu kedudukan yang mudah, mereka telah diserahkan semua perkara ini yang sudah banyak konflik. Jadi kawan-kawan, beri mereka ruang,” kata Levi.

“Bertenang. tarik nafas. Ini hari cuti. Beri mereka sedikit ruang untuk menikmati percutian ini, dan mari lihat apa yang berlaku di sisi lain nanti.”

Shazam! Fury of the Gods akan menampilkan kepulangan semula Asher Angel dan Zachary Levi sebagai watak utama Billy Batson / Shazam!. Menyertai mereka adalah barisan pelakon filem pertama termasuklah Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans, dan Cooper Andrews.


Setelah mengalahkan Sivana dan Seven Deadly Sins dalam filem pertama tahun 2019, sekuel akan datang menyaksikan Keluarga Shazam menghadapi ancaman yang jauh lebih berbahaya, dengan perkenalan anak perempuan Atlas, Hespera, dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh pemenang Oscar Helen Mirren dan pelakon Kill Bill, Lucy Liu. Bintang West Side Story, Rachel Zeigler juga telah diberikan peranan penting, namun wataknya masih belum didedahkan kepada umum.

Shazam! Fury of the Gods sekali lagi diarahkan oleh David F. Sandberg (Annabelle: Creation) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Henry Gayden. Peter Safran berkhidmat sebagai penerbit.