Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Berapakah Jumlah Kutipan Tiket Yang Diperlukan Oleh Justice League Untuk Elakkan Kerugian?


Review negatif yang diterima dari para pengkritik filem sebenarnya boleh memberi kesan negatif yang cukup besar buat sesebuah filem terutamanya dari segi kutipan tiket. Ini kerana ramai peminat melihat rating-rating filem baru ini terlebih dahulu sebelum mereka membuat keputusan sama ada mahu menonton filem berkenaan dipanggung wayang ataupun tidak. Terdapat beberapa filem Hollywood tahun ini telah menerima kesan yang cukup teruk selepas filem mereka mendapat kritikan yang cukup negatif dari para pengkritik mahu penonton biasa.

Antara yang paling terkesan adalah filem King Arthur: Legend of Sword lakonan Charlie Hunnam dan Jude Law apabila laman web Rottentomatoes telah memberikan rating sebanyak 29% sahaja. Kesannya, filem berkenaan telah ‘flop’ dan gagal dari segi kutipan filem apabila hanya mendapat $147.8 juta sahaja jauh lebih rendah dari kos pembikinan yang sebanyak $175 juta (tidak termasuk kos promosi).

Justice League yang baru ditayangkan beberapa hari yang lalu telah menerima tamparan yang cukup hebat dari laman web Rottentomatoes apabila hanya berjaya mendapat 39%, jauh dari apa yang dijangkakan. Dengan review negatif yang diterima dari pengkritik filem, pastinya Warner Bros. akan mengambil sikap tunggu dan lihat prestasi kutipan tiket filem berkenaan.

Kos pembikinan filem superhero kelima DC itu adalah sebanyak $300 juta termasuk kos-kos pengambaran semula yang dilakukan oleh Joss Whedon, dan selepas 3 hari tayangannya, filem berkenaan telah berjaya mengutip lebih $100 juta dolar seluruh dunia dan dijangka akan terus meningkat. Diatas kertas, Justice League boleh melepasi angka $300 juta, tetapi ia belum tentu dapat mengelakkan kerugian kerana angka $300 juta hanyalah kos untuk pengambaran filem. Jika dicampur dengan kos-kos pengiklanan dan promosi, kos penghasilan dan penerbitan filem berkenaan adalah jauh lebih tinggi.

Jadi berapakah kutipan yang perlu dikaut filem Justice League untuk mengelakkan kerugian?


Menurut laman web Screenrant, Justice League perlu melepasi angka $600 juta dolar untuk elakkan filem tersebut dari mencatat kerugian. Tambahan pula, pihak studio hanya menerima 55% sahaja dari jualan tiket untuk pasaran US dan mungkin lebih rendah untuk pasaran antarabangsa. Jadi angka $600 juta perlu dicapai oleh pihak Studio sekurang-kurangnya bagi elakkan Justice League mengalami kerugian.

Walaupun Justice League menerima rating yang rendah dari laman kritik filem paling berpengaruh itu, ia kemungkinan mampu mengikuti jejak langkah dua filem terdahulu iaitu Batman v Superman dan Suicide Squad yang turut dikritik teruk oleh pengkritik filem tetapi masih mampu mencatat kutipan yang begitu tinggi. Batman V Superman berjaya mengutip sebanyak $873 juta manakala Suicide Squad pula mengutip $745.6 juta.

Dijangkakan kutipan filem Justice League akan terus meningkat dalam minggu-minggu akan datang, dan mereka juga berkemampuan terus membuat keuntungan menerusi jualan ‘home entertainment’ seperti DVD dan Bluray. Bagaimapun, jika gagal, ia boleh memberi impak kepada penghasilan filem-filem DC akan datang dimana Warner Bros. pasti akan memikirkan semula rancangan mereka untuk hasilkan filem superhero tersebut.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee