
Benedict Wong telah menjadi salah seorang pelakon yang paling menonjol dalam Marvel Cinematic Universe, dengan wataknya, juga bernama Wong, telah muncul dalam banyak projek MCU sehinggakan Kevin Feige bergurau mengenainya.
Bercakap kepada The Hollywood Reporter, Wong telah membincangkan “Wong Cinematic Universe,” jenaka yang dibuat oleh Kevin Feige kepadanya dalam satu e-mel. Jenaka yang dibuat presiden Marvel Studios itu merujuk kepada penampilan Wong dalam filem dan siri televisyen MCU Fasa 4.
“Saya mendapat e-mel, dan saya serius mahu menjadikannya sebagai ‘wallpaper’,” Wong bergurau
“Tidak, saya memberitahu internet, dan kini ia ada di mana-mana. Tetapi itu pekara yang baik dia katakan kepada saya. Bagi saya, saya hanya seperti anak anjing yang terlalu teruja apabila saya mendapat panggilan daripadanya, anda tahu? Seperti, “Hei, adakah anda mahu berada dalam X?” Dan itu datang dari saya, secara peribadi, menjadi peminat Marvel. Membesar sebagai seorang kanak-kanak, membaca komik Spider-Man, dan kemudian baru mencari diri saya di dunia ini dan mencari watak bernama Wong.”
“Saya hanya seronok memainkan peranan ini dan ia membawa saya ke mana sahaja. Dalam setiap satu projek yang mereka mengajak saya untuk terlibat, ia hanya menarik satu lagi lapisan bawang, anda tahu? Anda boleh mencari sedikit lagi tentang keanehan Sorcerer Supreme.ā
Wong kemudian ditanya mengenai reaksinya melihat penampilan wataknya dalam beberapa projek MCU menjadi bahan gurauan di media sosial.Ā
Baginya, sukar untuk mengabaikan reaksi media sosial terhadap wataknya, dan dia sangat “berbesar hati” menjadi tumpuan dikalangan peminat.Ā
“Anda tahu, saya sangat gembira dengannya. Peminat Marvel sangat menyayangi saya, dan saya bersyukur. Saya menjalankan tanggungjawab saya dengan sangat serius, terutamanya dari segi lakonan.”
Sehinggakini, karakter Wong telah banyak membuat penampilan dalam filem dan siri MCU Fasa 4, dan yang terbaru, dia dilihat dalam siri Disney+Ā She-Hulk: Attorney at Law.Ā Dia juga berkemungkinan bakal muncul dalam beberapa projek MCU yang akan datang, dan mungkin seterusnya dia akan dilihat dalamĀ Black Panther: Wakanda Forever,Ā yang akan ditayangkan pada 11 November 2022.